Penumpang panik vape meletup dalam pesawat

Vape letup

GAMBAR fail sebuah pesawat EasyJet. – Foto AFP

ATHENS – Penumpang sebuah pesawat panik apabila mendengar bunyi letupan kecil ketika asap muncul, selepas sebuah beg mengandungi vape meletup sebelum ia berlepas ke London, lapor laman berita MailOnline semalam.

Pemindahan seramai 236 penumpang terpaksa dilakukan di sebuah landasan di Greece apabila letupan berlaku di Heraklion dalam pesawat EasyJet.

Sebuah alat pengecas dan rokok elektronik (vape) dalam beg seorang penumpang dipercayai menjadi punca letupan berlaku sejurus sebelum pesawat itu berlepas.

Penumpang selamat turun tetapi penerbangan ke London terpaksa dibatalkan.

Seorang penumpang memberitahu MailOnline mereka mendengar seseorang bertanya ‘apakah itu’ semasa dia mengambil tempat duduknya, beberapa saat sebelum letupan berlaku.

Penumpang-penumpang kemudian menjerit ‘bom’ dan berebut-rebut untuk keluar ketika situasi panik.

Bagaimanapun, tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *