NEW DELHI – Seorang penjual buah di Dombivli, Maharashtra ditahan selepas membuang air kecil di dalam plastik dan berniaga tanpa menghiraukan kebersihan yang sewajarnya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Menerusi rakaman video yang tersebar luas di media sosial, peniaga tersebut dilihat membuang air kecil ke dalam plastik sebelum menyembunyikannya di celah kereta sorongnya.
Lebih mengejutkan apabila dia dengan selamba meneruskan perniagaan tanpa membersihkan kedua-dua tangannya.
Menurut polis tempatan, suspek dikenali sebagai Ali Khan dan berusia 20 tahun.
“Suspek telah ditahan dan siasatan sedang dijalankan,” kata polis
Rakaman itu menjadi tular dan mencetuskan kemarahan penduduk setempat, yang bertindak balas dengan merosakkan gerai serta barangan milik suspek. – AGENSI