Pengantin kahwin dengan bajet RM0

geli kahwin 2

Tangkap layar menunjukkan pasangan itu berkahwin di Kaunter Urusan Agama (KUA) di Surabaya. – TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin baru mengundang perhatian orang ramai apabila melangsungkan perkahwinan mereka tanpa mengeluarkan belanja walaupun sesen, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @zetheseal menunjukkan pasangan itu melaksanakan akad nikah ni Kaunter Urusan Agama (KUA) di Surabaya, wilayah Jawa Timur baru-baru ini. 

Lebih menarik, hari bahagia mereka hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekat. 

“Nikah di KUA, 0 rupiah dan disaksikan keluarga terdekat. Alhamdulillah, kedua-dua belah keluarga tetap menyokong kami meskipun berkahwin di sini,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 429,600 tontonan bersama 24,700 tanda suka. 

“Saya suka! Tiada ‘makcik-makcik’ yang menyindir selain membantu memudahkan urusan,” komen seorang netizen. 

“Majlis perkahwinan idaman saya! Tetapi keluarga saya sahaja ibarat rakyat satu negeri!” komen netizen lain. – AGENSI