Pengantin adakan majlis kahwin konsep piknik

gel wedding picnic

Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin dan tetamu sedang ‘berkelah’ di atas gunung. – TikTok @iringmanten

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas melangsungkan majlis perkahwinan tanpa kerusi dan meja di atas sebuah gunung,  lapor saluran berita Tribun semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @iringmanten, tetamu undangan dilihat duduk di atas rumput dengan beralaskan kain, seolah-olah sedang berkelah. 

Ada juga yang sedang menjamah makanan ringan sambil menikmati pemandangan gunung yang cantik. 

Meskipun ia diadakan secara sederhana, majlis perkahwinan itu dihiasi dengan bunga berwarna-warni. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 71,100 penonton. Rata-rata netizen, tertarik dan memuji konsep itu unik.

“Saya suka sangat konsepnya,” kata netizen. 

“Konsep sudah ada, tinggal cari calon suami,” kata netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *