Penduduk gempar ribuan ikan mati terdampar di pantai

ribuan ikan mati

Ribuan ikan ditemui mati di tepi Pantai Tegal Papak. – Istimewa

JAKARTA – Penduduk Pandeglang, wilayah Banten gempar apabila beribu-ribu ekor ikan ditemui mati terdampar di tepi pantai, lapor laman berita Detik kelmarin.

Kejadian berlaku pada Khamis lalu di Pantai Tegal Papak.

Menurut Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) dan Bomba Pandeglang, Riza Ahmad Kurniawan, kejadian itu berlaku disebabkan perubahan drastik suhu air laut.

“Salah satu sebabnya adalah perubahan suhu secara tiba-tiba sehinggakan ikan-ikan itu mencari tempat yang nyaman iaitu di pantai,” jelasnya.

Namun ujar Riza, pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada pencemaran air laut menjadi punca ikan-ikan itu mati.

“Ia sebenarnya hanya fenomena biasa apabila perubahan suhu berlaku secara tiba-tiba. 

“Namun, penduduk tidak perlu panik kerana ia tiada kaitan dengan petanda akan berlakunya bencana alam,” katanya. – AGENSI