JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik cemas apabila fenomana belalai air (waterspout) menghampiri sebuah bot di tengah laut, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) di Pantai Utara Jawa, Lamongan, dalam wilayah Jawa Timur.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @berita_lamongan_menunjukkan pusaran angin yang melanda tidak jauh dari daratan dan orang ramai.
Ada antara mereka melarikan diri sambil menjerit ketakutan.
Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), Joko Raharto berkata, tiada mangsa yang terkorban.
“Nelayan juga tidak turun ke laut disebabkan cuaca buruk,” tambahnya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 110,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Alam sudah marah!” komen seorang netizen.
“Sudah lewat pun masih nak turun laut,” komen pengguna media soaial lain. – AGENSI