JAKARTA – Penduduk di Takalar, wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian orang ramai apabila memberikan perabot sebagai sumbangan semasa menziarah apabila berlaku kematian, lapor portal berita Lambe Turah.
Tradisi itu diamalkan oleh warga setempat di Desa Laikang dalam daerah Mangarabombang selama 40 hari.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ajal.id memaparkan berpuluh-puluh almari diletakkan di hadapan rumah si mati.
Ada antara mereka turut memberikan bakul berisi pakaian dan barang keperluan lain.
“Orang bandar selalunya bagi duit di dalam sampul. Di sini, kami akan hulurkan barang seperti baju dan lain-lain mengikut kemampuan,” kata Ketua Organisasi Pemuda Garudaya Desa Cikoang, Safaruddin Salam.
Rakaman itu mencatatkan lebih 36,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Perabot banyak buat apa?” kata seorang netizen. – AGENSI