Pencuri pulangkan seluar dalam wanita beserta wang pampasan

Geli seluar3 scaled

SEORANG lelaki disyaki mencuri seluar dalam wanita. – Foto Pattaya Mail

BANGKOK – Seorang lelaki menulis nota permohonan maaf kerana mencuri seluar dalam wanita sebelum memulangkannya semula di sebuah kedai dobi di Pattaya, Thailand, lapor laman berita Pattaya Mail semalam.

Nota tersebut diletakkan di dalam sampul surat berwarna putih yang turut mengandungi wang tunai sebanyak 1,000 baht (RM130).

Nota itu menyatakan bahawa dia kesal dengan perbuatannya itu.

Pada malam kelmarin, perbuatan lelaki berpakaian kemas tersebut dirakam menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia mencuri sehelai seluar dalam wanita dari kedai dobi layan diri yang terletak di Soi Paniad Chang 8.

Kecurian berlaku kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) apabila suspek yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) memasuki kedai dobi dan menyelongkar bakul pakaian. 

Dia mengambil seluar dalam itu dan menyembunyikannya di dalam poket sebelum meninggalkan premis tersebut. – AGENSI