Pemberontak Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand

aBEBAS

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Mehrtens dijadikan tebusan oleh TPNB. – AGENSI

JAKARTA  –  Pemberontak di wilayah bergolak  Indonesia, Papua membebaskan juruterbang warga New Zealand,  Phillip Mehrtens , kata polis Indonesia hari ini, lebih setahun setengah selepas dia diculik.

Mehrtens yang bekerja untuk syarikat penerbangan Indonesia,  Susi Air, diculik oleh kumpulan pemberontak di Lapangan Terbang Nduga, Papua,  7 Februari tahun lepas.

“Hari ini kami telah mengambil  Phillip yang berada dalam keadaan sihat dan kami menerbangkannya dari Nduga ke Timika,” kata ketua unit khas menangani pemberontak di Papua,  Faizal Ramadhani  dalam satu kenyataan.

Pasukan petugas bersama anggota polis dan tentera mengambil Mehrtens di sebuah kampung di daerah Nduga pagi ini, kata Faizal.

Tebusan yang dibebaskan itu menjalani pemeriksaan perubatan dan psikologi sebelum diterbangkan ke bandar Timika, Papua.

Pasukan petugas khas  itu akan mengadakan sidang media lewat hari sama, kata Faizal.

Mehrtens bertugas menghantar penumpang dan dan bekalan penting kepada komuniti terpencil apabila dia diculik oleh pemberontak dikenali sebagai Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB).

Pembebasannya dilakukan susulan usaha diplomatik yang sengit oleh Wellington dan Jakarta.

TPNPB menuntut Jakarta mengiktiraf kemerdekaan Papua sebagai balasan kepada pembebasan tebusan tersebut.

TPNPB juga tidak menjawab permintaan untuk mengulas tentang pembebasan  Mehrtens.

Indonesia mengekalkan kehadiran sejumlah besar tentera  di Papua yang kaya dengan sumber alam semula jadi tetapi kurang membangun untuk mengekang pemberontakan yang berlarutan sejak sekian lama. – AFP  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *