Pemandu ditahan tiada lesen khas pandu Lamborghini 

Geli Lambo scaled

SEORANG pemandu Lamborghii Huracan bakal didenda kerana tidak memliki lesen khas. – Foto 

SYDNEY – Seorang pemandu ‘supercar’ Lamborghini Huracan menjadi pengguna jalan raya di Australia pertama yang didenda di bawah undang-undang baharu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Ini kerana undang-undang negara tersebut memerlukan pemandu memiliki lesen khas jika memandu kereta sport berkuasa tinggi.

Pemandu kenderaan berusia 36 tahun itu yang memandu kereta tersebut, ditahan polis di Queensborough Avenue, Hillcrest, timur laut Adelaide pada Ahad lalu.

Anggota polis mendapati kenderaan itu tidak mempunyai nombor plat di bahagian belakang.

Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu juga tidak mempunyai lesen khas untuk memandu kereta tersebut.

Pemandu berisiko ditolak enam mata dan akan dikenakan denda maksimum AUD$2,500 (RM7,132) jika didapati bersalah melanggar undang-undang baharu itu yang dikuatkuasakan pada Ahad lalu. – AGENSI