Pemandu bas tembak penumpang

penumpang ditembak

Dua penumpang lelaki ditembak mati selepas terlibat dalam pertengkaran dengan pemandu bas di Miami. – ABC

MIAMI, FLORIDA – Dua penumpang ditembak mati oleh seorang pemandu bas selepas mereka terlibat dalam pertengkaran di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) di luar sebuah pusat beli-belah dekat Miami Gardens Drive. 

Polis Miami berkata, pemandu itu dipercayai terlibat dalam pertengkaran atau perselisihan faham dengan dua penumpang bas.

“Apabila situasi bertambah parah, dia mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah mereka. 

“Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Mereka disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. 

“Pemandu bas telah ditahan, manakala siasatan sedang giat dijalankan,” tambah polis. – AGENSI