Pelanggan rempuh pemilik kedai cuci kereta

pelanggan langgar

Kereta yang melanggar pemilik kedai cuci kereta di wilayah Lam Dong, Vietnam pada Ahad lalu. – Minh Bang

HANOI – Seorang pemilik kedai cuci kereta di Vietnam maut selepas dirempuh oleh pelanggannya sendiri secara tidak sengaja, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Kejadian berlaku di wilayah Lam Dong, Central Highlands pada Ahad lalu. 

Huynh Thi Thu Lan, 68, datang ke kedai mangsa yang bernama Lai Vong Cu, 47, untuk mencuci keretanya. 

“Cu mengarah Lan untuk meletakkan keretanya di tempat yang betul supaya mudah untuk dicuci. 

“Kereta itu bagaimanapun bergerak secara laju dan merempuh Cu. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” kata polis. 

Pihak berkuasa Lam Dong sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI