Pelancong Israel dicekup curi motosikal

Geli Israel

SEORANG warga Israel ditangkap polis selepas disyaki mencuri motosikal. – Foto Facebook/Phuket Hotnews

BANGKOK – Seorang lelaki Israel akhirnya ditangkap polis dan mengaku mencuri motosikal dari tempat letak kereta sebuah hospital di Phuket, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Cohen Yoad dicekup polis selepas berjaya mengelak ditahan selama lebih seminggu.

Mangsa warga Thailand  yang identitinya tidak didedahkan, memfailkan aduan kecurian motosikal di Balai Polis Wichit pada 24 April lalu.

Mangsa mengaku cuai kerana terlupa mengambil kunci motosikalnya dalam kejadian tersebut. 

Anggota-anggota  polis meneliti rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) hospital dan kawasan sekitarnya. Mereka kemudian mengenal pasti suspek sebagai rakyat asing. 

Yoad  ditangkap di sebuah hotel di daerah Thalang, Phuket pada 30 April lalu

Motosikal yang dicuri ditemui diletakkan di hotel itu dan suspek mengaku melakukan jenayah tersebut. Dia ditahan di balai polis dan akan dihadapkan ke mahkamah. – AGENSI