Pelancong asing berkelakuan tidak senonoh dicekup

Geli Phuket 1 scaled

GAMBAR fail sebuah pantai di Phuket. – Foto AFP

BANGKOK – Sepasang kekasih dari Poland mencetuskan rasa terkejut dalam kalangan penduduk tempatan apabila saling berpelukan di tengah jalan dalam keadaan berbogel, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudian berjemur tanpa seurat benang di pantai Koh Pha Ngan, wilayah Surat Thani.

Sejurus menerima laporan, polis meminta pasangan tersebut untuk menutup badan mereka serta mengenal pasti mereka sebagai Michal, 27 dan Claudia, 24. 

Pasangan itu diberitahu bahawa kelakuan mereka adalah salah di sisi undang-undang Thailand. 

Mereka segera ditangkap dan didakwa melakukan perbuatan yang memalukan di khalayak ramai dengan mendedahkan tubuh badan atau melakukan perbuatan lucah lain.

Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Koh Pha Ngan dan berdepan prosiding undang-undang lanjut, lapor portal berita KhaoSod. – AGENSI