Pelakon filem dewasa Jepun ditahan di hotel Hong Kong 

pelacur jepun

Beberapa pelakon filem dewasa terkenal di Jepun yang ditahan di sebuah hotel di Hong Kong. – Mothership

BEIJING – Polis Hong Kong menahan 65 orang termasuk sebilangan pelakon filem lucah dari Jepun yang menawarkan khidmat seks di sebuah hotel, lapor saluran berita Hong Kong Free Press semalam. 

Ketua Inspektor Biro Jenayah Terancang dan Triad, Tang Hoi-tung berkata, pihaknya menahan lima lelaki dan 60 wanita yang berusia antara 17 hingga 64 tahun.

“Operasi berlangsung selama tiga hari itu menyasarkan kumpulan penjenayah yang disyaki merekrut pelacur dari Jepun dan kumpulan lain yang disokong oleh pertubuhan haram. 

“Kumpulan itu menarik perhatian orang ramai dengan mempromosikan pelakon filem dewasa terkenal untuk menawarkan perkhidmatan seks di hotel. 

“Mereka turut mengadakan pertemuan dengan peminat selain mengenakan bayaran sehingga HK$150,000 (RM86,100) untuk perkhidmatan itu,” tambah Hoi-tung.

Menurut Polis Hong Kong, rakan kongsi kumpulan di Jepun merekrut pelacur-pelacur tersebut ke Hong Kong sebelum dibawa ke hotel, manakala pendapatan akan dibahagikan sama rata. 

“Kami juga mendapati kumpulan itu menghantar pelacur dari Jepun ke Singapura dan Macau.

“Mereka telah beroperasi selama setahun dan berjaya mengumpul kira-kira HK$20 juta (RM11.4 juta).

“Beberapa platform media sosial digunakan untuk mengatur pelacur dari negara berbeza untuk datang ke bandar itu dan ia hanya berinteraksi dengan pelanggan tetap,” tambahnya. – AGENSI