JAKARTA – Perbuatan sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Indonesia yang menziarahi kubur seorang wanita atau ‘makcik kantin’ mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkshitt menunjukkan pelajar lelaki itu beramai-ramai menziarahi kubur dan mendoakan jenazah.
Mereka juga menghiasi kubur dengan hirisan daun dan bunga berwarna-warni.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengumpulkan ucapan yang menyayat hati dan menampalnya pada dinding kantin sekolah.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Perbuatan yang sederhana tetapi tidak mampu dilakukan ramai orang,” komen seorang netizen.
“Jangan lupa langsaikan hutang jika ada ‘terambil’ makanan,” komen netizen lain. – AGENSI