Pelajar seludup kekasih dalam beg ke asrama lelaki

pelajar viral

Bagasi dibuka oleh pengawal keselamatan sebelum mendedahkan seorang gadis di dalamnya. – The Express Tribune

NEW DELHI – Seorang pelajar universiti di India ditangkap ketika cuba menyeludup kekasihnya ke dalam asrama lelaki dengan menyembunyikan wanita berkenaan di dalam beg bagasi, lapor portal berita The Express Tribune semalam. 

Kejadian berlaku di Universiti OP Jindal, negeri Haryana. 

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan pelajar lelaki itu ditahan oleh beberapa pengawal keselamatan di pintu masuk asrama.

Mereka kemudian membuka zip bagasi berwarna hitam sebelum mendedahkan seorang gadis di dalamnya. 

Beberapa laporan menyatakan, kedengaran jeritan apabila bagasi itu terlanggar tangga atau permukaan keras sekali gus mencetuskan curiga pengawal keselamatan.

Masih belum jelas sama ada gadis tersebut merupakan pelajar universiti atau orang luar. – AGENSI