Pelajar MRSM Pekan hilang, enggan pulang ke asrama

Untitled design 2025 05 05T104613.016

PELAJAR MRSM Pekan yang dilaporkan hilang semalam.

KUANTAN – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikatakan tidak mahu kembali ke asrama kerana enggan berjauhan dengan keluarga dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, yang merupakan pelajar tingkatan satu MRSM Pekan disedari hilang pukul 4 petang semalam oleh ibunya yang memanggil mangsa untuk menghantar ke asrama.

Menurutnya, , pengadu kemudian mencari remaja itu di sekitar rumah tetapi tidak dapat mengesan jejak mangsa sebelum membuat laporan polis.

“Pengadu mendapati kasut, beg galas sekolah juga telah tiada dan remaja itu juga telah membawa telefon bimbit milik adiknya dan wang tunau milik ayahnya namun pengadu gagal menghubunginya.

“Pakaian terakhir remaja ialah baju t-shirt merah dan berseluar trek hitam serta kasut sukan jenis Puma,”katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, ibu mangsa berusia 41 tahun membuat laporan polis semalam kerana bimbang keselamatan diri dan takut terjadi apa-apa kepada mangsa.

“Hasil siasatan, mangsa ada memberitahu ibunya tidak mahu kembali ke asrama kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga dan ibunya,”ujarnya. – https://amiminerals.org/