NEW DELHI – Seorang peguam yang didakwa membuat ancaman bunuh terhadap bintang Bollywood, Shah Rukh Khan ditangkap polis di kota raya Mumbai, India hari ini, lapor portal berita India Today.
Faizan Khan yang turut menuntut wang tebusan berjumlah 5 juta rupee (RM262,700) daripada Shah Rukh, ditangkap di kediamannya di Raipur, negeri Chhattisgarh.
Mesej ugutan itu diserahkan pegawai Balai Polis Bandra, Mumbai pada minggu lalu, susulan kes peras ugut terhadap aktor filem Jawan tersebut.
Siasatan polis mendapati panggilan ugutan terhadap Shah Rukh dibuat daripada nombor telefon bimbit yang didaftarkan menggunakan nama Faizan Khan.
Pasukan polis Mumbai melawat Raipur dan memanggil Faizan untuk disoal siasat.
Peguam itu bagaimanapun memberitahu polis bahawa telefon bimbitnya hilang pada 2 November lalu dan dia telah membuat laporan polis.
Bercakap kepada pemberita, Faizan juga berkata, panggilan ugutan yang dibuat dengan menggunakan nombor telefonnya adalah merupakan komplot jahat terhadap dirinya. – AGENSI