PBB lanjutkan mandat pasukan pengaman UNIFIL

PBB Lebaon

SEBUAH kereta kebal UNIFIL mengawal kawasan sempadan Lebanon, 8 Ogos lalu. – AFP

NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melanjutkan mandat pasukan pengaman badan dunia itu di Lebanon selama setahun lagi, lapor akhbar Arab News semalam.

Ia turut menggesa supaya serangan udara antara tentera Israel dengan kumpulan Hizbollah dikurangkan.

Resolusi yang diterima pakai sebulat suara itu berkata, majlis tersebut memutuskan untuk melanjutkan mandat Pasukan Interim PBB di Lebanon (UNIFIL) bermula semalam sehingga 31 Ogos 2025.

Pasukan pengaman yang terdiri daripada lebih 10,000 anggota itu telah ditempatkan di Lebanon sejak 1978 dengan peranannya diperkukuh selepas konflik 33 hari antara Hizbollah dengan Israel pada 2006.

Ketegangan bagaimanapun meningkat semula sejak permulaan perang Israel di Semenanjung Gaza pada Oktober tahun lalu. 

Setakat 1 Julai lalu, terdapat 10,031 tentera pengaman UNIFIL dari 49 buah negara termasuk Malaysia.- AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *