BANDAR RAYA KUWAIT – Ahli-ahli arkeologi menemui patung muka berusia 7,000 tahun di Kuwait yang mempunyai persamaan luar biasa dengan wajah makhluk asing seperti digambarkan sebelum ini, lapor portal berita Daily Star semalam .
Ia ditemukan di kawasan dikenali sebagai Bahra 1 oleh pasukan penyelidik Kuwait dan Poland.
Mereka menggali salah satu penempatan tertua di Semenanjung Arab yang didiami dari sekitar 5,500 hingga 4,900 tahun Sebelum Masihi.
Patung muka daripada tanah liat itu digambarkan oleh pasukan itu sebagai kepala kecil yang dibuat dengan halus memiliki mata sepet, hidung yang rata dan tengkorak memanjang.
Penemuan itu yang pertama seumpamanya ditemui di rantau Teluk.
Profesor Piotr Bieli dari pusat Arkeologi Mediterranean Universiti Warsaw, Poland mengulas: “Kehadiran patung ini menimbulkan persoalan menarik dan bermakna ia mungkin ada untuk masyarakat yang mendiami penempatan ini.”- AGENSI