Netizen Malaysia marah ‘influencer’ bising sushi mahal basi

geli sushi

Tangkap layar menunjukkan wanita meludah sushi yang dikunyah. – TikTok

JAKARTA  – Seorang pesohor media sosial di Indonesia menerima kecaman orang ramai kerana didakwa memberikan reaksi melampau ketika makan sushi, lapor saluran berita Tribunnews semalam

Menerusi rakaman kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @lilykenzie, wanita itu dilihat mengeluarkan sebuah kotak eksklusif berisi sushi ikan salmon mentah.

Ekspresi yang teruja bertukar kecewa apabila dia mendapati sushi yang dibeli beberapa jam lalu pada harga 1.3 juta rupiah (RM358) itu sudah basi. 

Dia kemudian meludah makanan yang dikunyah di dalam mulut dan berpura-pura mahu muntah. 

“Bau sushi ini busuk. Ia sudah basi!” katanya dalam klip video.

Rakaman itu mencatatkan 12.6 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen termasuk dari Malaysia. 

“Salam dari Malaysia. Pentingnya ada ilmu pengetahuan tentang sushi, bukan jadi ‘influencer’ tidak ada akal dan kaki ‘complain!’” komen seorang netizen. 

“Tolong jadi pembeli yang bijak. Ikan salmon mentah seeloknya makan sementara masih segar,” sindir netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *