JAKARTA – Seorang warga emas mengundang perhatian orang ramai kerana melakukan aktiviti mencuri di beberapa premis perniagaan di Payakumbuh, wilayah Sumatera Barat, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Kejadian itu dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @@pykupdate.
Menerusi rakaman berkenaan, wanita yang mengenakan tudung berwarna merah jambu itu berpura-pura melihat seluar jeans sebelum mencurinya.
Rakaman lain juga menunjukkan dia mencuri barangan di sebuah kedai serbaneka dengan pakaian serta teknik yang sama.
Penduduk tempatan berkata, warga emas itu memang kerap melakukan pencurian.
Rakaman itu mencatatkan lebih 136,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
“Nenek yang bukan sebarang nenek,” sindir seorang netizen.
“Bertaubatlah nenek,” komen netizen lain. – AGENSI