Nelayan tangkap ‘makhluk asing’

ikan alien

Fedortsov mengenal pasti makhluk itu sebagai ‘smooth lumpsucker’. – JamPress/Instagram

MOSCOW  – Seorang nelayan Russia menangkap seekor ikan ganjil yang disifatkan orang ramai sebagai menyerupai makhluk asing, lapor akhbar New York Post semalam.

Roman Fedortsov, merakam gambar hidupan marin tersebut ketika menangkap ikan di kawasan laut dalam.

Dalam video dikongsikan di laman Instagram, ikan itu berwarna kelabu dan kelihatan seperti kepala makhluk asing.

Fedortsov mengenal pasti makhluk itu sebagai ‘smooth lumpsucker’. Ia merupakan spesies ikan bersirip yang boleh membesar hingga panjang lebih 30 sentimeter dan hidup di laut dalam.

Namun, hantaran yang dikongsikan menjadi tular dan menerima pelbagai komen dengan netizen rata-rata meluahkan kagum melihat hidupan tersebut.

“Ini 100 peratus makhluk asing. Ini adalah haiwan peliharaan makhluk asing yang tinggal di dasar laut,” kata seorang netizen.

“Memancing di Chernobyl (loji nuklear di Ukraine)?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI