LONDON – Ketulan najis manusia terbesar di dunia berusia sekitar 1,200 tahun dipamerkan buat kali pertama dalam sejarah di Pusat Viking Jorvik, York di barat laut England, lapor laman berita Explorersweb semalam.
Fosil dinamakan Lloyds Bank Coprolite itu berukuran lebih 20 sentimeter panjang dan lebar kurang 5 sentimeter.
Ia turut dikenali sebagai ‘najis berharga’ kerana nilainya yang mencecah AS$39,000 (RM167,525) selain ditemui dalam keadaan masih utuh.
Penemuan najis itu memberikan kefahaman baharu kepada ahli-ahli arkeologi tentang tabiat pemakanan dan kesihatan bangsa Viking dari abad ke-9 Masihi.
Spesimen purba ini ditemui oleh pekerja penggalian semasa pembinaan cawangan Lloyds pada tahun 1972 di York . – AGENSI