JAKARTA – Seorang kanak-kanak di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana melakukan pengiraan menggunakan kedua-dua tangan serta kaki ketika menjawab peperiksaan subjek Matematik, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lambeturah_official memaparkan murid-murid sedang fokus menjawab kertas peperiksaan mereka di dalam kelas.
Situasi bertambah menarik apabila seorang murid perempuan meletakkan kedua-dua kakinya di atas meja untuk membuat pengiraan.
Selain kaki, dia turut menggunakan tangannya dalam usaha mencari jawapan muktamad.
Klip video tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kalau tidak cukup, boleh pinjam kaki saya,” kata seorang netizen.
“Yang penting semangat dan fokus!” kata seorang pengguna media sosial lain. – AGENSI