DIANGGAP sebagai anugerah paling legit, peminat mengharapkan impian pelakon Meerqeen untuk menggenggam trofi Oscar suatu hari nanti akan tercapai.
Ini kerana terdapat filem anak tempatan iaitu Abang Adik berjaya bersaing dalam anugerah tersebut tahun depan.
Biarpun mewakili Singapura, namun lakonan barisan pemain seni tempatan yang terlibat dalam filem La Luna turut membuatkan peminat Malaysia berasa bangga.
Pencalonan itu membuktikan industri filem tempatan bukan lagi berada di takuk lama.
Selepas filem, peminat menjangkakan tidak mustahil untuk ada seorang lagi anak seni Malaysia yang akan mengikut jejak langkah Tan Sri Michelle Yeoh suatu hari nanti.
Mungkin akan memakan masa bertahun tetapi siapa tahu suatu hari hajat Meerqeen itu akan tercapai.
DIVA: Tak sangka Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya melakonkan babak aksi.