Misteri penemuan tengkorak terungkai 

tengkorak plastik

Tengkorak plastik yang ditemui di Long Beach, California. – Pixabay

LONG BEACH, CALIFORNIA – Misteri penemuan tengkorak terdampar di tepi sebuah pantai di California baru-baru ini akhirnya terungkai selepas ia didapati objek plastik, lapor agensi berita United Press International. 

Menurut Jabatan Polis Long Beach, pasukan penyelamat menghubungi mereka sekitar pukul 7.15 pagi (waktu tempatan) pada Isnin lalu. 

“Mereka menemui tengkorak dengan sebahagiannya tertimbus di dalam pasir,” kata jabatan tersebut.

Penemuan ‘mengerikan’ itu tersebar luas di media sosial, malah polis hampir melancarkan siasatan pembunuhan. 

Namun, pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa tengkorak itu bukan milik manusia atau haiwan, sebaliknya hanya objek plastik yang kelihatan realistik dari jauh. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *