Minta minuman tak sejuk sebelum kebas 2 tong gas

geli tong gas

Tangkap layar menunjukkan remaja itu memasuki sebuah kedai sebelum melarikan diri dengan dua tong gas. – Tribunnews

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan seorang remaja yang selamba mencuri dua tong gas di sebuah kedai serbaneka di Kota Makassar, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) remaja lelaki yang mengenakan topi berwarna kuning itu masuk ke dalam kedai dan berpura-pura meminta pemilik untuk mengambilkan minuman. 

Ketika pemilik mencari barang yang diminta, dia mencuri dua tong gas dan beredar. 

“Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan), dia (suspek) mahu membeli minuman yang tidak sejuk,” kata pemilik dikenali sebagai Norma. 

Norma juga sempat menawarkan minuman yang sejuk di dalam peti ais tetapi ditolak. 

“Apabila saya sudah mencari, dia bergegas melarikan diri dengan dua tong gas,” tambahnya.

Susulan itu, Norma mengalami kerugian sebanyak 420 ribu rupiah (RM117.91) dan bertindak membuat laporan polis. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *