SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi satu pertuduhan menghasut berhubung satu ceramah politik pada Julai tahun lalu.
Bagaimanapun bagi satu lagi pertuduhan menghasut Muhammad Sanusi kekal dibicarakan.
Mengikut dua pertuduhan Muhammad Sanusi, 50, didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pukul 11 malam pada 11 Julai 2023.
Justeru kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – https://amiminerals.org/