Mayat dalam roda pesawat 

mayat roda pesawat

Pesawat United Airlines. – Travelandleisure

HONOLULU, HAWAII – Seorang individu ditemukan mati di bahagian roda pesawat United Airlines selepas kapal terbang itu mendarat di sebuah lapangan terbang di negeri Hawaii, Amerika Syarikat, lapor portal berita Social News XYZ semalam. 

Syarikat penerbangan United Airlines berkata, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Kahului, Maui pada Selasa lalu. 

“Mayat itu ditemukan di roda utama yang menempatkan gear pendaratan pesawat,” kata syarikat itu sambil menambah, pihaknya sedang bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang untuk siasatan lanjut. 

“Masih tidak jelas bagaimana dan bila individu berkenaan dapat mengakses ke bahagian roda kerana ia hanya boleh diakses dari luar pesawat,” tambah United Airlines. 

Mayat tersebut ditemui pada pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare di Chicago.

Jabatan Polis Maui sedang giat menjalankan siasatan, manakala operasi di lapangan terbang berjalan seperti biasa. – AGENSI