Marissa minta maaf, konflik keluarga Norman-Abby selesai

WhatsApp Image 2025 04 26 at 23.27.34

Marissa akhirnya memohon maaf atas segala kesilapan terhadap ibu kandungnya, Abby Abadi.

PETALING JAYA – Selepas seminggu bermasam muka, hubungan pelakon Abby Abadi dan anak perempuannya, Marissa Dania kelihatan sudah jernih.

Semuanya gara-gara tindakan pelakon Norman Hakim yang memanggil puterinya untuk memohon maaf kepada Abby.

“Janganlah awak (merajuk), kami rindu awak dan kami minta maaf sangat-sangat.

“Minta maaf dekat mama, saya (tolong) cakaplah,” katanya dalam sebuah siaran langsung.

Dalam video tersebut, pemilik nama lengkap Arbaiyah Abdul Manan, 48, pada awalnya dilihat enggan bertoleransi kerana masih terasa dengan apa yang berlaku.

“Tidak mahu (salam). Mama merajuk.

“Sedihlah, lama sangat dah simpan,” ujarnya.

Marissa yang di berada di belakang kamera kedengaran sedang menangis dan menunggu untuk memohon maaf kepada ibunya.

Akhirnya, dia mendekati ibunya dan memeluk pelakon filem Gerak Khas The Movie itu.

Selepas dipeluk, Abby menitiskan air matanya dan menutup siaran langsung tersebut.

Sementara itu, dalam hantaran Instagram Norman kelihatan anak beranak itu makan malam bersama di sebuah restoran.

“Deep talk over dinner’. Terima kasih Allah dan semua untuk doa yang baik,” katanya.

Hari ini, Abby mendedahkan pernah dipukul bekas suaminya selain menegaskan lelaki itu tidak pernah memberikan wang hantaran semasa perkahwinan mereka sebelum ini.

Tidak lama selepas itu, mereka dilihat sudah bertemu dan isteri Norman iaitu Memey memeluk Abby dalam sebuah video. – https://amiminerals.org/