Mangsa banjir di Johor terus meningkat pagi ini

incollage save 1 scaled

Keadaan banjir di Taman Aman Kota Tinggi, Johor semalam. Foto oleh KAIBA MATSU

PETALING JAYA – Keadaan banjir di Johor semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa terus meningkat berbanding hari sebelumnya.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat daripada 3,594 orang petang semalam kepada 3,974 orang melibatkan 1,117 keluarga setakat pagi ini.

Semua mangsa kini ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di lima daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Kluang dan Pontian.

Keadaan banjir belum menunjukkan tanda-tanda surut, dengan paras air di beberapa kawasan terus meningkat. – https://amiminerals.org/