PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri menurun kepada 29,686 orang daripada 9,398 keluarga setakat pukul 9.43 pagi ini.
Negeri yang terjejas adalah Kelantan, Kedah, Johor, Terengganu, Perak serta Pahang.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan maish mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 22,558 orang daripada 7,283 keluarga.
Ini diikuti Kedah membabitkan 5,269 mangsa daripada 1,662 keluarga dan Johor dengan 949 mangsa daripada 266 keluarga.
Terengganu pula mencatatkan 598 mangsa daripada 91 keluarga yang berlindung di pusat pemindahan smenetara (PPS) diikuti Perak seramai 157 mangsa daripada 55 keluarga dan Pahang (15).
“Sebanyak 119 PPS masih beroperasi setakat pagi ini,” katanya. – https://amiminerals.org/