Malaysia lokasi terbaik ‘Mat Salleh’ cari calon isteri

calon isteri malaysia

Pengguna Reddit mencadangkan Malaysia sebagai lokasi tepat mencari calon isteri tradisional. – Unsplash

KUALA LUMPUR – Satu topik perbincangan hangat menjadi perhatian pengguna laman sosial Reddit apabila seorang lelaki mencadangkan agar jejaka Barat mengunjungi Malaysia dan bukannya Thailand, sekiranya mahu mencari calon ‘isteri tradisional’, lapor laman berita Must Share News semalam.

Dalam hantaran asal bertarikh 5 Mei dan setakat ini menerima hampir 500 komen, pengguna membincangkan mengenai strategi-strategi untuk mencari calon isteri di negara ini.

Pengguna Reddit turut merujuk golongan lelaki digelar ‘passport bros’ iaitu jejaka Barat yang  menggunakan pasport untuk melancong serta mencari calon kekasih atau isteri dari negara lain yang kebiasaannya lebih mundur.

Seorang pengguna berkata, wanita etnik Cina beragama Kristian, Katolik atau Budhha adalah lebih cenderung menerima lelaki Barat sebagai suami.

Tambahnya, seorang kenalannya yang mempunyai ketinggian sederhana, berwajah dan badan biasa berjaya mendapatkan isteri kaum Cina dari Malaysia yang cantik.

Dari segi strategi untuk mendapatkan calon isteri tradisional, pengguna Reddit mencadangkan agar tidak menggunakan  aplikasi janji temu atau kelab malam.

“Anda akan menemui wanita yang salah atau mungkin ditipu,” katanya.

Sebaliknya, dia mencadangkan agar lelaki Barat menyertai kelas hobi, berkenalan rapat dengan penduduk setempat, pelayan restoran dan jurujual di pusat beli-belah. – AGENSI