‘Makcik-makcik’ ligat berzumba semasa majlis kahwin

geli zumba

Tangkap layar menunjukkan sekumpulan wanita sedang menari sambil memakai baju kurung. – TikTok

JAKARTA – Perbuatan sekumpulan wanita yang berjoget di sebuah majlis perkahwinan di mengundang perhatian netizen, lapor portal berita Lambe Turah hari ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @willyanggraeni97 memaparkan wanita-wanita itu menari sambil memakai baju kurung. 

Meskipun memakai kasut tumit tinggi, mereka tetap bersemangat untuk membuat persembahan di hadapan tetamu. 

Lebih menarik, penari-penari tersebut kelihatan sudah berusia. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan bersama 100,800 tanda suka.  

“‘Makcik-makcik’ zumba,” kata seorang netizen. 

“Cita-cita saya bila sudah tua. Saya mahu sibukkan diri dengan masuk kelas zumba,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI