Mahkamah dibom, enam cedera

aBOM

KENDERAAN dan anggota polis dilihat di lokasi letupan sebuah mahkamah di Santa Maria semalam. – AGENSI

WASHINGTON –  Sebilangan individu cedera dan sebuah mahkamah di Santa Marina, negeri California ditutup susulan satu letupan bom semalam, kata beberapa pegawai seperti laporan saluran berita CNN.

Seorang suspek ditahan dan sedang disoal siasat, manakala lokasi kejadian masih ditutup.

Jurucakap Sherif County Santa Barbara, Raquel Zick berkata, letupan itu berpunca daripada bom buatan sendiri.

“Enam orang dirawat di Pusat Perubatan Serantau Marian.

“Tiga orang berada dalam keadaan sederhana dan tiga lagi dalam keadaan baik. 

“Kami menyediakan penjagaan dan sokongan  tahap tertinggi kepada mereka,”  kata jurucakap hospital berkenaan, Sandy  Doucette.

Butiran lanjut tentang insiden itu tidak didedahkan, manakala motif serangan belum diketahui.

Jalan-jalan di sekitar bangunan mahkamah ditutup dan orang awam diminta mengelakkan kawasan kejadian.

Sebagai tambahan kepada Mahkamah Tinggi County Santa Barbara di Santa Maria, Dewan Bandar Santa Maria, perpustakaan awam dan pejabat lain di kawasan itu ditutup selama satu hari pada hari kejadian.

Polis masih menyiasat insiden letupan bom tersebut, kata jurucakap bandar berkenaan, Mark van de Kamp.

Berada di Pantai Tengah California, Santa Maria terletak kira-kira 256 kilometer ke utara bandar raya Los Angeles. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *