LONDON – Satu lubang jalan besar di laluan paling sibuk di United Kingdom (UK) mengakibatkan 60 kereta rosak dalam masa beberapa hari sahaja, dengan pemilik kenderaan terpaksa menanggung kerugian, lapor akhbar Daily Star semalam.
Lebih 20 kereta rosak pada 27 September lalu akibat termasuk ke dalam lubang besar itu di laluan M4.
Dalam kebanyakan insiden, pemilik terpaksa meninggalkan kenderaan mereka di tepi jalan kerana rosak.
Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dua tayar kereta Mercedes EQA miliknya meletup. Kos untuk menukar tayar dan pembaikan lain mencecah £320 (RM1,800) untuk setiap tayar.
Beberapa hari selepas itu, lubang besar sama telah merosakkan hampir 40 kereta dan menyebabkan pemiliknya terkandas di tepi jalan.
Menurut pihak berkuasa jalan raya UK, pihaknya tidak menawarkan pampasan secara automatik kepada pemandu tetapi membenarkan mereka membuat ‘tuntutan merah’ jika kenderaan rosak atau mengalami kecederaan di salah satu jalannya. – AGENSI