Lelaki Turkiye sanggup mengembara ke pedalaman Maluku kahwini kekasih 

geli turki

Tangkap layar menunjukkan lelaki warga Turki melafazkan akad nikah di rumah pengantin perempuan. – TikTok

JAKARTA – Seorang warga Turkiye menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan rakyat Indonesia di Pulau Taliabu, wilayah Maluku Utara, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dheni_88, lelaki itu dilihat melafazkan akad nikah dalam bahasa Indonesia, sambil memegang erat tangan bapa pengantin perempuan. 

Orang ramai bertepuk tangan dan bersorak selepas akad itu dilafazkan dengan sempurna serta ada antara mereka yang sibuk merakam detik manis itu menggunakan telefon bimbit.

“Cinta berbeza negara, lelaki dari Turkiye sanggup datang untuk menemui dan berkahwin dengan kekasihnya di Taliabu, Maluku Utara,” tulis keterangan video itu. 

Rakaman tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Ini adalah bukti bahawa lelaki tidak pernah memandang wanita dari segi fizikal,” kata seorang netizen. 

“Saya juga mahukan suami dari Turkiye,” kata netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *