SINGAPURA – Seorang lelaki terkejut apabila menemui ‘lembaga’ berpakaian putih dari jauh di sebuah taman di Singapura, lapor portal berita Stomp hari ini.
Ia adalah pemandangan yang akan menakutkan sesiapa sahaja terutamanya pada pukul 6 pagi, baru-baru ini.
Lelaki dikenali sebagai Andrew itu sedang melakukan senaman pagi di Woodlands Waterfront apabila dia melihat satu figura pelik dari jauh.
“Saya terkejut dan takut melihat apa kelihatan seperti seorang lelaki memakai jubah putih berdiri berhampiran pantai.
“Saya pergi lebih dekat dan ternyata ia adalah kepingan plastik besar.
“Jadi, saya melaporkannya kepada Agensi Alam Sekitar Negara,”katanya. – AGENSI