Lelaki tabur methamphetamine atas pentas ratu cantik

Geli pil11

SEORANG lelaki menabur pil methamphetamine di atas pentas satu pertandingan ratu cantik. – Foto Facebook

BANGKOK – Sebuah pertandingan ratu cantik tempatan bertukar kecoh apabila seorang pemuda menabur pil methamphetamine di atas pentas, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kekecohan berlaku di Pusat Tadahan Air Huai Mano, Lapangan Terbang Seri Thai, wilayah Kalasin pada pukul 10 malam (waktu tempatan), Jumaat lalu. 

Individu yang disyaki melakukan perbuatan tersebut dikatakan seorang pesakit mental. Dia mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah tetapi baru-baru ini dibebaskan semula.

Semasa pertandingan itu, lelaki berkenaan naik ke atas pentas dan menabur pil berkenaan, menyebabkan kekeliruan dalam kalangan peserta. 

Anggota-anggota polis tempatan kemudian segera campur tangan dengan menahan lelaki itu. 

Menurut siasatan awal, pemuda tersebut dikenal pasti sebagai pesakit mental yang sebelum ini terlibat dengan dadah. – AGENSI