JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki di Indonesia yang menunaikan solat ketika rumahnya ditenggelami banjir mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Abatanews semalam.
Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mood.jakarta itu memaparkan keadaan rumah yang dinaiki air sehingga mencecah paras peha.
Dia khusyuk melaksanakan solat hingga selesai meskipun terpaksa sujud di dalam air yang keruh.
Rakaman itu mencatatken lebih 2.8 juta tontonan dan menimbulkan kekecohan di ruangan komen.
“Sekiranya dalam keadaan darurat, solat sambil duduk di atas kerusi pun boleh,” komen seorang netizen.
“Kenapa tidak menunaikan solat di atas meja? Ini sebablah pentingnya ilmu pengetahuan,” sindir netizen lain. – AGENSI