Lelaki peluk singa betina dikecam

Geli singa11

SAQIB memeluk seekor singa betina. – Foto Mian Saqib/Instagram

KARACHI  – Seorang lelaki Pakistan dikritik pengguna media sosial selepas menyiarkan rakaman  video menunjukkan dia memeluk seekor singa betina, lapor portal berita India Today kelmarin. 

Video tersebut menjadi tular di platform Instagram.

Mian Saqib yang merupakan seorang pencipta kandungan media sosial,  kerap menyiarkan video memaparkan dia menjinakkan binatang buas di hartanah miliknya.

Dalam video itu, Saqib membelai singa betina itu yang berdiri dengan dua kaki hadapan haiwan itu berada di atas bahunya. 

Video tersebut mengundang kecaman daripada netizen.

Seorang pengguna media sosial mempersoalkan kesahihan video itu apabila berkata: “Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku. Singa itu sepatutnya liar dan berbahaya. Ia  tidak memeluk manusia.” 

Netizen yang dikenali dengan nama Faisal pula menulis: “Abang, mana-mana video anda boleh menjadi yang terakhir buat anda.”  – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *