Lelaki menggeletar diekori wanita bertelekung tersenyum menyeringai

diekori wanita bertelekung

Rakaman CCTV menunjukkan wanita misteri tersebut tersenyum dan ketawa. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Pulau Bali ketakutan apabila diekori seorang wanita bertelekung yang mahu memasuki rumahnya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku pada 31 Ogos lalu sekitar pukul 7.49 malam (waktu tempatan).

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki tersebut pada awalnya dilihat menunggang motosikal dan memasuki kawasan rumahnya yang berpagar.

Ketika mahu menutup pagar, seorang wanita bertelekung yang turut menunggang motosikal berhenti di hadapan rumah itu.

Lelaki tersebut kemudian bertanya kepada wanita berkenaan mengenai tujuannya dan siapa dirinya.

“Awak siapa? Mahu cari siapa?” soal lelaki itu.

“Mahu ikut (awak),” jawab perempuan tersebut lalu ketawa dalam nada menyeramkan dan tersenyum menyeringai.

Mendengar jawapan itu, lelaki tersebut dengan pantas mengunci pagar rumahnya dan masuk ke dalam rumah.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Seram lihat ekspresi wajah dan senyumannya,” kata seorang netizen.

“Takutnya, dia kelihatan seperti dirasuk,” ujar pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *