Lelaki mengamuk, tuang minyak masak seluruh badan

geli minyak masak

Lelaki itu menuang minyak masak pada seluruh badannya di Pusat Beli-belah Kalibata City, Jakarta. – TikTok

JAKARTA – Seorang warga asing mengundang perhatian orang ramai kerana mengamuk dan  menyiram badannya dengan minyak masak di sebuah pusat beli-belah, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di sebuah pasarr raya di Pusat Beli-belah Kalibata City, Jakarta Selatan. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @elviesukrisni menunjukkan lelaki warga Nigeria itu merosakkan dan melemparkan sejumlah barang makanan ke  lantai. 

Dia kemudian menuang minyak masak pada seluruh badannya. 

Masih belum jelas punca warga asing itu bertindak di luar kawalan. 

Lelaki itu akhirnya ditahan oleh pengawal keselamatan sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 161,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Nak balik rumah tak ada duit,” kata seorang netizen.