Lelaki langgar pelamin sebab tidak dihidang makanan

India India2

GAMBAR fail sejenis masakan paneer. – Foto Canva

NEW DELHI – Seorang pemandu bas mini merempuh pelamin sebuah majlis perkahwinan di Chandauli, negeri Uttar Pradesh, sehingga mencederakan enam orang, lapor akhbar The Indian Express semalam.

Menurut portal berita The Free Press Journal, bapa pengantin lelaki dan lima yang lain termasuk bapa saudara pengantin perempuan cedera parah dalam nahas di kampung Hamidpur.

Ia melaporkan bahawa siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Pemandu berkenaan yang dikenali sebagai Dharmendra Yadav, sebelum itu mengangkut tetamu perkahwinan ke tempat kejadian dengan memandu bas mini. 

Namun, ketika dia meminta lebih banyak paneer atau keju India di kaunter makanan, permintaannya ditolak.

Ia membuatkan dia menjadi berang dan memandu bas sebelum melanggar struktur perkahwinan tersebut.

Mereka yang cedera dihantar ke hospital berdekatan. – AGENSI