Lelaki lamar teman wanita berlatarbelakangkan puting beliung

Geli lamar scaled

MATT dan Beckey yang memakai cincin bergambar dengan latar belakang puting beliung. – Foto Koco 5 News

WASHINGTON – Seorang lelaki melutut ketika membuat lamaran perkahwinan di hadapan teman wanitanya dengan berlatarbelakang puting beliung di negeri Oklahoma, lapor portal berita Koco 5 News semalam.

“Matt Michell berlutut dan meminta saya berkongsi hidup saya bersamanya. 

“Saya tidak boleh meminta lamaran yang lebih epik! Matt, awak buat saya rasa seperti gadis paling bertuah di dunia dan saya sayang awak sepenuh hati saya,”kata Becky Patel di laman Facebook.

Selepas berkata ya, Beckey yang memakai cincin pertunangan bergambar dengan Matt  pada 18 Mei lalu.

Rakaman video lamaran tersebut memaparkan fenomena puting beliung di belakang mereka.

Beckey yang berasal dari Kanada, memberitahu laman berita KLAW bahawa Matt dari negeri Illinois telah mengejar puting beliung selama kira-kira enam tahun.

Matt bekerja sebagai pemandu arah untuk syarikat yang mengejar puting beliung, Tempest Tours. – AGENSI