RAUB – Kegembiraan dua beradik mandi di sungai berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Lipis berhampiran Kampung Badang di sini kelmarin.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, dalam kejadian pukul 4.08 petang itu, mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, sedang mandi di sungai tersebut.
“Abang mangsa yang berada di atas bot gentian kaca tanpa enjin hanyut dan dijumpai dalam keadaan selamat.
“Mangsa yang hilang belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat disambung hari ini,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya Pusat Gerakan Operasi menggerakkan Pasukan Penyelamat Di Air dari enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin. Operasi pencarian turut melibatkan 10 anggota polis dan orang awam. – https://amiminerals.org/