Lelaki berhabis lebih RM41,000 untuk kahwin anak yatim

Geli Korea1

ROBY berkahwin dengan Neng di Majalengka. – Foto YouTube

JAKARTA – Seorang anak yatim dari Majalengka, Jawa Barat menjadi pilihan lelaki yang kaya untuk menjadi isterinya, lapor portal berita Bangka Pos semalam.

Roby Setyawan kemudian membawa isterinya itu, Neng Ulma ke Korea Selatan kerana lelaki itu mempunyai perniagaan di negara tersebut.

Majlis perkahwinan mereka di Majalengka disiarkan di saluran YouTube Rahmat.

Dalam majlis itu, Roby memberikan mas kahwin sebanyak 30 juta rupiah (RM8,373) dan barang-barang serahan lain bernilai 150 juta rupiah (RM41,861).

“Alhamdulillah maharnya 150 juta rupiah, mas kawin 30 juta rupiah,” ujar ibu kepada Neng Ulma. 

Barangan serahan pihak lelaki antaranya ialah perhiasan emas sebesar 15 gram, barangan penjagaan kulit, perlengkapan wanita, dan barang lainnya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *