JAKARTA – Seorang lelaki di Cianjur, wilayah Jawa Barat ditahan selepas melakukan gangguan seksual terhadap kakitangan sebuah stesen minyak yang sedang mengisi petrol ke dalam tangki motosikalnya, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @memomedsos, lelaki itu dilihat mendekatkan dirinya kepada gadis terbabit.
Dia kemudian ‘meraba’ punggung gadis itu sambil melemparkan senyuman kepadanya.
Kejadian berlaku di sebuah premis Pertashop di Jalan Raya Sukabumi.
Pegawai polis tempatan, AKP Tono Listianto berkata, suspek ditahan di kediamannya sebelum dibawa ke Balai Polis Cianjur untuk disoal siasat.
“Dia (suspek) mengaku meraba punggung mangsa, namun menganggap ia adalah satu gurauan,” kata Tono.
Rakaman itu mendapat lebih 267,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan netizen.
“Kalau saya, sudah lama saya lempar minyak itu ke mukanya,” kata seorang netizen. – AGENSI